Bidadari Salju
... Kayra mula berasa seram sejuk, bulu romanya meremang, dia rasa geli geleman .. Tolonglah, jangan berbicara soal lelaki, cinta dan perkahwinan .. Janganlah ada yang berani bertanya soal ini kerana dia tak pernah terfikir sama sekali ekoran dendam silam dan rasa rendah diri ..
Perjalanan hidup Kayra pernah berliku .. Menempuhi zaman remaja yang amat menyediakan .. Diri dihina, keluarga disisih oleh masyarakat .. Semuanya angkara fitnah yang merobek maruah dan harga diri ..
"Apa kata kalau aku jadi bapak ayam untuk kau, aku jual kau dengan harga seringgit .. Buat apa mahal - mahal, bukan orang lalu pun tengok kau tu .. Muka buruk macam ni, agaknya bagi free pun tak ada yang nak !! Macam mana ?? Tak payah fikirlah, nama kau dah buruk, muka kau pun dah buruk, kau tak buat orang tetap tuduh yang kau buat !!"
Kayra hanya mampu menangis .. Patutlah ramai yang memanggilnya bohsia, pelacur, perempuan murah .. Dia popular dengan gelaran jijik itu .. Ya Allah, sampai bila aku harus bertahan ??
"Hei Kayra !! Kau dengar sini, kalau kau cari pasal dengan aku lagi, aku boleh buat yang lebih teruk dari ini .. Sampai kau dah malu nak hidup .. Lagi pun, orang macam kau ni tak layak nak hidup, menyemakkan mata aku, menyusahkan hidup orang orang !! Ingat amaran aku, kalau tak nahas kau !!! TUIHHHH !!!!" Hariz meludah muka Kayra dengan penuh benci dan jijik ..
"Hariz bin Azman, aku takkan lupa hari ni sampai bila - bila .. Aku tak akan maafkan kau sampai aku mati !! Jangan kau sesekali lupa yang muka buruk ni kau pernah ludah Hariz !! Allah akan membalas segala perbuatan keji kau pada aku .. Kau adalah manusia yang paling aku benci !!
8 tahun berlalu, lelaki ini hadir semula dalam hidupnya .. Jodoh cuba dijauhi, namun perancangan Tuhan tiada siapa yang tahu .. Puas ditepis, puas dielak .. Bekulah dirinya bagaikan bidadari salju namun ia tetap datang tanpa diduga ..
Assalamualaikum semua ... Baru hari ni eera ada masa nk luangkan masa dengan blog nih ... Pertama sekali Eera nak ucapkan kepada semua selamat menyambut hari Maal Hijrah ... Dan selamat bercuti ... =) !!~ Ha !!! Kite teruskan cerita pasal novel yang ni eh ... Masa mula eera baca novel ni .... eera pun rasa benci sanagt hariz tu !!!! sekati dia je nak sakiti Kayra ..... Bukan buli sikit !! tapi dah melampau ... eera pun naik simpati kat Kayra ... =( !! Kurang ajar betul ... Ada patut alasan dia buli Kayra semata - mata nak cari kebahagian dalam diri dia je ... Tapi lepas tahu cerita selanjutnya ... kurang benci jugaklah kt Hariz tuh ... Walaupun kita sejauh mana pun ... Kalau tuhan tetap kan dia jodoh kita ... Tak ke mana lh gamaknye ... Macam tu juga cerita Kayra dan Hariz ni .... Tapi ... Novel ni eera banyak tangkap leleh jugak lh ... Alhamdulillah hidup eera masih okey berbanding kisah hidup Kayra ni .... Sedih siot !! ='( !!~ Eera bersyukur sangat - sangat ... Tapi cerita novel ni juga ada unsur romantik tapi tak lh lebih .... Tapi jalan cerita dia punye lh baik !!! tak rugi korang beli novel ni ... Kak Mia Kiff .. Sy support akak untuk teruskan perjuangan akak dalam bidang menulis nih ... =D !!~
0 Comment(s)
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home