.
Permata Hati...

Bagiku ....

LELAKI yang baik ialah seseorang yang MENJAGA MATANYA ..
MANAKALA, ....
PEREMPUAN yang baik ialah seseorang yang MENJAGA MULUTNYA ..

1. Lelaki yang menjaga MATANYA

Bermaksud, ...
Menjaga mata daripada melihat benda yang haram . Contoh Akhir Zaman sekarang, zaman sekarang mempunyai teknologi yang sangat canggih . DAN ! Benda HARAM pun semakin merebak melalui laman sosial seperti FACEBOOK, YOUTUBE, TWITTER dan banyak lagi . Sering kita lihat di laman-laman seperti berikut, gambar-gambar artis perempuan LUAR NEGARA atau DALAM NEGARA yang tersebar bergambar dengan pakaian yang TIDAK CUKUP KAIN !!! Perkara seperti ini HARUS DAN WAJIB dicegah oleh masayarakat sekarang .

Bukan semuanya salah lelaki, PEREMPUAN PUN BERSALAH DALAM HAL INI . Kita sebagai perempuan seharusnya bertanggungjawab menjaga MARUAH KITA . Apehal kau nak tunjuk sangat BADAN KAU TU ??! INGAT CANTIK SANGAT KAH !!! Lelaki bukan berbangga tengok kau gitu, mereka tengok KAU DENGAN PANDANGAN BERNAFSU JA ! Tak tahu malu ke ?! Jagalah sikit MARUAH KAU TU . Kalau ada orang cakap "KAU TAK TAKUT KENA ROGOL KE?" Kau jawab "MESTILAH TAKUT." Pastu orang tu cakap lagi "KALAU TAKUT, KENAPA KAU TAK TUTUP AURAT KAU DENGAN SEMPURNA?" Kau nak jawab apa ?! Fikirkan sebelum terlambat ..


2. Perempuan yang menjaga MULUTNYA

Ini sering berlaku di kalangan para wanita. Dan saya mengaku termasuk saya. Tetapi, sekarang saya ingin cuba kurangkan ! Perempuan yang menjaga mulutnya ini bermaksud, ...
Seseorang yang menjaga mulutnya daripada berkata perkara yang TIDAK BAIK . Seperti menfitnah, mencarut, dan banyak lagi . Seseorang pernah berkata "BERCAKAP BILA PERLU SAHAJA" . Mungkin cara ini dapat menghindari daripada kita bercakap benda yang tidak berfaedah .

Perbuatan ini juga HARUS DAN WAJIB dicegah kerana dalam PERIBAHASA yang sering kita dengar "KERANA MULUT, BADAN BINASA" Perbuatan ini, boleh membawa impak yang sangat besar terhadap masyarakat . Jadi, cubalah hindarkan ... InshaAllah, kita bolehhh . =) !

0 Comment(s)