.
Permata Hati...

Luahan Isi Hati



.. Andai cinta itu bukan milikku .. Aku relakan engkau pergi .. Namun jika engkau sememangnya sudah ditakdirkan untukku .. Aku akan doakan semoga jodoh kita berkekalan sehingga menutup mata ....

Wahai kaum Adam ... Sekeras-keras manapun seseorang perempuan itu, seselamba mana pun dia, dia tetap seorang perempuan .. Yang tahu rasa malu bila tiba bab nak luahkan isi hati ... Seperti aku juga ... Selama ini aku masih belum berjumpa pujaan hatiku ... Tapi .. nama seseorang ini aku boleh jatuh cinta ... Dan menyemai rasa rindu ... Hanya kerana satu nama yang belum pernah aku ketemukan hingga sekarang .. Hatiku telah diambil olehnya .. Betapa besarnya cinta yang diberi oleh Allah SWT kepadaku ... Hatiku masih tertanya-tanya ... Adakah dia jodohku?? Adakah dia penghuni hatiku yang sekian lama sunyi sepi ini?? Adakah dia yang terpilih oleh Allah SWT untuk membimbing dan menjagaku ??? Aku tahu ... Masih terlalu awal untuk aku memikirkan semua ini ... Tapi aku tetap memohon kepada-Nya semoga aku dipertemukan dengan seseorang suatu hari nanti untuk mendidik aku ke jalan yang benar .. Amin Yarabal Alamin ...

0 Comment(s)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home