.
Permata Hati...

Sahabat.. dan Angan-angan.. ^^

    


~Sahabat

 Assalamualaikum... Hari ini Shaheera ingin menceritakan tentang sahabat kita.... ^^ Persahabatan ialah permulaan bagi setiap pertemuan jodoh... Nak tahu tak siapa sahabat saya??? hehehexx.. Saya mempunyai ramai kawan.. Nama kawan rapat saya ialah Nur Hanis, Nazifa Izzati, Nur Maisarah dan Izzatul Husna... Mereka ni kawan yg terbaik yang pernah saya jumpa.. hehehexx... Mereka banyak mendorong saya dalam pelajaran... 
  
      Saya bersyukur berada di lingkungan rakan-rakan yang memahami. Bukan semua tetapi orang yang saya sentiasa luahkan cita-cita dan perancangan saya, semuanya menyokong, malahan sedia mendengar. Walaupun saya kerapkali menghasilkan pelbagai rancangan, sepuluh tahun akan datang. Mereka tetap sabar mendengar...

      Mereka tidak pernah memperlekehkan cita-cita dan rancangan saya. Mereka bermakna buat saya dan selalu mengingatkan saya supaya belajar bersungguh-sungguh dan selalu sujud bermunajat kepada yang maha agung lagi maha berkuasa.

       Ya, saya diajar Tuhan sayang dan suka hamba-Nya yang tidak berputus asa berdoa dan memintanya.. ^^

   ~Angan-angan   

         Sejak kecil saya yakin sama ada saya, kalian semua ataupun sesiapa sahaja hidup penuh dengan angan-angan. Kononnya angan-angan itulah cita-cita kita. Macam-macam kita mahu 'jadi' dan yang seronoknya angan-angan kita dahulu tidak pernah dibantah oleh orang tua. Tidak pernah diperlekeh. Malahan angan-angan itu diterima oleh sesiapa sahaja.
  
          Kanak-kanak membina identiti daripada angan-angan. Minda mereka turut bergerak aktif  apabila mereka mula berangan-angan. Mereka bebas. Bebas untuk berangan dan memilih.. ^^

         Seronok, bukan?? Itu yang saya suka. Kebebasan kanak-kanak terus berangan dan bermimpi yang pelbagai adalah satu hak ekslusif. Tidak ada sesiapa yang marah. Namun, apabila saya kembali ke dunia saya, angan-angan tidak ada nilai.

        Baiklah, sekiranya tidak mahu menyebutnya sebagai angan-angan, kita panggilnya sebagai cita-cita atau impian sesuai dengan kemampuan diri kita. Memanglah orang kata ukur baju di badan sendiri tetapi seperti saya kata tadi, berangan-angan ini percuma. Jadi tidak salah menyimpan impian mahu memetik bintang di langit untuk dibuat kerongsang kebaya!! ^^

         Saya sendiri memang penuh angan-angan... ^^

 "Tuhan, kepada-Mu tempat saya meminta mudah-mudahan angan-angan menjadi kenyataan. Saya hamba yang lemah dan tidak berdaya mencapai cita-cita tanpa restuMu. Berikanlah kekuatan untuk saya merealisasikannya. Saya tahu, Kau tidak pernah mengecewakan permintaan hamba-hamba-Mu."
Demikianlah munajat saya kepada Ilahi. Semoga Dia tidak membunuh angan-angan saya.

         Jadi, jangan sesekali bunuh angan-angan sesiapa pun. Tidak kiralah ia kecil ataupun besar, misi mustahil ataupun luar biasa. Tidak ada sesiapa pun tahu, angan-angan mereka itu akan berjaya suatu hari nanti. Angan-angan ditambah dengan usaha, tidak pernah ada yang gagal. Selepas segala usaha dicurahkan, serahkan sahaja kepada Tuhan.

         Mari kita raikan angan-angan. Angan-angan itu impian. Impian itu cita-cita dan cita-cita itu sebenarnya sangat manis apabila mampu kita raih!!... ^^

0 Comment(s)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home